Saturday, 8 October 2022

Ismail Sabri tidak kekal PM selepas PRU-15?

 
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),  tetapi mengatakan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan tersingkir daripada menerajui pentadbiran negara dilihat satu perang saraf untuk melemahkan perpaduan di kalangan pemimpin tertinggi UMNO.

Media melaporkan, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebagai menyifatkan, UMNO dan BN boleh menang pada PRU-15 kelak tetapi parti itu akan berdepan krisis dalaman.

Beliau menyifatkan krisis dalaman akan berlaku kerana UMNO tidak mahu Ismail Sabri kekal sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, dilihat tidak senada dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai tarikh membubarkan Dewan Rakyat, bagi memberi laluan untuk mengadakan PRU-15, tahun ini.

Dr Mahathir tidak ikhlas dalam memberi pandangan kerana tidak mahu melihat UMNO terus kekal kuat dan berjaya dalam PRU-15 nanti. Apa yang diutarakan oleh Dr Mahathir tentang Ahmad Zahid tidak senada dengan Ismail Sabri adalah propaganda semata-mata.

“Kenyataan Dr Mahathir bahawa Ahmad Zahid tidak senada dengan Ismail Sabri dalam soal mengenai tarikh membubarkan Dewan Rakyat yang membawa krisis kepimpinan di kalangan pemimpin tertinggi UMNO hanya satu telahan yang bersifat propaganda dan perang saraf untuk mewujudkan kekalutan di kalangan ahli akar umbi,” kata seorang penganalisa politik di Kota Bharu.

Penganalisa tersebut menasihatkan agar seluruh ahli UMNO tidak termakan atau percaya kepada kenyataan yang bersifat propaganda itu.

No comments:

Post a Comment