Di
Malaysia terdapat banyak parti. Tetapi, daripada banyak-banyak parti tersebut,
hanya Presiden UMNO yang didesak letak jawatan. Ini bukan hanya berlaku ketika
era Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tetapi melibatkan semua era presiden.
Sesiapa yang menjadi Presiden UMNO pasti menjadi sasaran desakan agar berundur.
Menariknya,
desakan berundur itu bukan sahaja datang daripada ahli UMNO, bahkan daripada pemimpin
dan ahli parti-parti lain.
Kalau
sebut gagal dalam pilihan raya sebagai punca presiden didesak meletak jawatan,
parti parti lain paling banyak gagal. Contohnya, Pas telah menyertai pilihan
raya bermula prakemerdekaan dan 15 kali pilihan raya umum (PRU), parti itu
tidak perlu berjaya sehingga menubuh kerajaan sendiri di peringkat Pusat.
Namun, ahlinya tidak pernah mendesak presiden agar meletak jawatan.
Kalau
kerana dihadapkan ke mahkamah, rasanya pemimpin daripada DAP dan Bersatu juga
ada yang terlibat. Namun, ahli parti tetap mempertahankan pemimpin
tertingginya.
Perdana
Menteri Kesepuluh sebelum berjaya berada pada kedudukan sekarang banyak kali
gagal dalam percubaannya. Bahkan beliau bukan setakat dihadapkan ke mahkamah,
tetapi juga telah dijatuhi hukuman penjara. Namun, pemimpin PKR dan ahlinya
masih setia menyokong sehingga mencapai kedudukan sekarang.
UMNO
parti hebat. Ada banyak ahli dan telah menempuh pengalaman dalam politik yang
cukup matang. Nama UMNO gah bukan sahaja di dalam negara, bahkan di kalangan
pemerhati politik luar negara.
Struktur
organiasi UMNO paling lengkap. Paling ketara jentera parti untuk menghadapi
pilihan raya. Memang lengkap dan bersturktur. Semua itu sepatutnya membantu
memastikan UMNO kekal berkuasa.
Namun,
satu perkara yang semakin terhakis di kalangan pemimpin dan ahli UMNO ialah
sikap setia kepada parti dan institusi presiden. Ada di kalangan mereka hanya
bercakap tentang setia ketika apa yang diingini tercapai atau dinikmati. Mereka
akan memberontak dan melawan presiden dan parti jika apa yang dihajati tidak
tercapai.
Golongan
ini lupa pada nikmat dan kebaikan yang telah lama mereka dapat melalui UMNO.
Mereka menjadi cukup terkenal, mendapat pelbagai kemudahan, nama, darjat,
gelaran dan harta sepanjang berada dalam UMNO.
Tetapi,
apabila sedikit yang diingini tidak ditunaikan, terus mereka menjadi pendurhaka
kepada presiden dan parti. Mereka mengamuk dan bertindak seperti hilang akal.
Presiden yang sebelum ini disanjung dan dipuji telah bertukar dianggap manusia
paling keji dan tidak berguna. Parti yang dianggap keramat dan berjasa telah
diserang tanpa belas kasihan.
Kepada
yang masih setia, perkuatkan azam dan semangat untuk terus kekal menyokong
presiden dan parti. Setia atau wala adalah pengorbanan besar. Satu perjuangan
suci yang menjadi azimat kekuatan diri.
Ingatlah
tentang sejarah. Semasa Mahathir menjadi Presiden UMNO, dituduh UMNO rosak
sebab presiden. Akronim U.M.N.O ditukar menjadi “Undur Mahathir Negara Ok”.
Tukarlah Mahathir dengan Pak Lah.
Bila
Pak Lah jadi Presiden, dituduh UMNO rosak sebab Presiden. Tukarlah Pak Lah
dengan Najib.
Bila
Najib jadi Presiden, dituduh UMNO rosak sebab Presiden. Tukarlah Najib dengan
Zahid Hamidi.
Bila
Zahid jadi Presiden, dituduh UMNO rosak sebab Presiden. Begitulah yang
diulang-ulang.
Bukanlah
semua perkara kita setuju dengan Presiden, tetapi adab dan adatnya dalam
berjemaah, ahli perlu mentaati pemimpin selagi mana arahannya itu tidak
melanggar akidah dan syarak.
Ahli-ahli
UMNO usah terpengaruh dengan dakyah musuh UMNO. Kerana, tukarlah banyak mana
pun Presiden, bukannya musuh hendak sokong UMNO. Mereka hanya hendak melemahkan
UMNO sahaja, dah namanya pun musuh politik.
Akibat
terpengaruh dengan dakyah musuh politik, UMNO sudah tukar Presiden dan kepimpinan
banyak kali. Adakah UMNO menjadi semakin kuat?
Pas
bila anda tukar Presiden? Presiden Pas yang sama kata wajib undi DAP. Presiden
yang sama kata wajib undi Gerakan. Presiden Pas yang sama membentuk Muafakat
Nasional dengan UMNO. Presiden Pas yang sama pernah menyokong Perdana Menteri
sekarang.
Ahli
dan penyokong Pas wala akan kekal menyokong presiden biar apapun yang dikatakan
dan dilakukan.
No comments:
Post a Comment