Peribahasa
Melayu "biduk lalu kiambang bertaut", bermaksud dua pihak yang
berselisih akan berbaik semula setela pengacum (penghasut, orang yang membuat
orang lain berkelahi) telah tiada.
Inilah
realiti kehidupan. Dalam perhubungan ada sahaja yang akan menjadi pengganggu
atau mengacau sebagai batu api agar hubungan menjadi putus.
Banyak kes
individu atau kelompok tidak mahu melihat kebaikan individu atau pihak lain.
Lalu, dilakukan macam-macam usaha untuk menggagalkan kebaikan diusahakan pihak
lain.
Dalam politik
situasi itu amat kerap berlaku. Memecahkan gabungan pihak lain dianggap sebagai
satu kejayaan. Biarpun hakikatnya, yang diruntuhkan dan manggung rugi adalah
parti sendiri.
Sepatutnya,
ahli dan parti politik perlu menunjukkan kekuatan untuk mendapat sokongan.
Bersatu dan saling memperkuatkan biarpun ia dilakukan pihak lain, asalkan ia daripada
parti yang sama.
Sebaliknya,
yang dicari dan dicipta adalah mewar-warkan kelemahan dan keburukan pihak lain.
Sama ada betul atau salah, hal itu tidak penting dalam politik yang dipenuhi
rasa kebancian.
Amalkan politik matang. Biduk lalu kiambang bertaut. Kalau tidak mahu membantu, jangan halang orang lain ingin membantu.
Sekiranya
tidak ingin melakukan kebaikan, jangan halang orang lain melakukan kebaikan.
Amalkan politik matang. Biduk lalu kiambang bertaut. Kalau tidak mahu membantu, jangan halang orang lain ingin membantu.
No comments:
Post a Comment