Monday, 26 December 2016

SIAPA PEMIMPIN YANG KAYA

Tidak salah pemimpin kaya atau memandu kereta mewah kerana ia tidak melanggar tuntutan Islam. Pada zaman Rasulullah terdapat sahabat yang termasuk di kalangan pemimpin atau rapat dengan Rasulullah yang bertaraf hartawan.

Pemimpin perlu mempunyai kekayaan untuk membantu perjuangan untuk menegakkan Islam. Pemimpin menjadi imej kepada rakyat. Jika pemimpin hidup dalam kemiskinan dan perlu meminta-minta, sudah pasti dia tidak layak menjadi pemimpin.  

Bagaimana hendak dikatakan kepimpinan melalui tauladan jika pemimpin hidup papa kedana yang tentunya kepapaan itu yang akan dicontohi.

Kita sepatutnya berbangga jika ada di kalangan pemimpin yang kaya raya, asalkan kekayaan itu diperoleh dengan cara yang betul.   

Tidak salah sekiranya ada pemimpin berniaga termasuk dengan kerajaan untuk mengumpul harta.

Jangan anggap semua pemimpin miskin, kena hidup sederhana, bukan begitu. Zaman Nabi Muhammad SAW dulu ada sahabat yang miskin, sederhana dan kaya.

Nabi hidup sederhana tetapi bila nak perang, yang miskin keluar sikit (sumbangan) dan nabi akan jumpa dengan sahabat yang kaya seperti Abdul Rahman Auf dan Saidina Usman Affan.

Ada pemimpin ada kereta besar tetapi hidup sederhana. Ada pemimpin yang otak bisnes lepas tu jadi kaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ‘cek’ tak ada apa sebab dia bisnes betul.

Ada pemimpin mempunyai hobi mengumpul kereta. Ada kala dia jadikan kereta bahan perniagaan. Beli dan jual dengan mendapat keuntungan. Itu dinamakan otak bisness. Hobi yang dijadikan punca pendapatan.

Dalam Islam tidak salah untuk memiliki kenderaan yang terbaik disebabkan ia penting untuk berdakwah.

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, baginda memiliki unta yang terbaik di Madinah, pada zaman itu semua tahu unta baginda adalah yang terbaik dan paling mahal tetapi baginda hidup sederhana.

Kenapa unta baginda terbaik, sebab ia kenderaan untuk berdakwah tanpa kenderaan yang baik bagaimana baginda nak pergi ke sesuatu tempat untuk berdakwah dan berperang.

Yang tidak betulnya apabila memiliki banyak kereta kerana ingin bermegah. Lebih parah lagi jika terpaksa berhutang sehingga menyebabkan masalah kewangan.

Ada yang menerima rasuah semata-mata kerana ingin memiliki kereta mewah dan banyak kereta. Jika itulah, memang Islam menegahnya. 

Jadi, sesiapa saja, tidak kira pemimpin atau rakyat yang mampu memiliki kereta mewah, itu digalakkan atau tidak salah.

Dalam segi ekonomi negara, mereka membayar cukai yang tinggi kepada kerajaan berbanding jika membeli kereta biasa. Itu boleh dikira juga sebagai sumbangan kepada kerajaan yang kemudiannya manfaatnya untuk rakyat keseluruhannya. 

No comments:

Post a Comment