Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah
berharap keputusan Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan sokongan kepada PN
dapat membersihkan apa yang disifatkan sebagai "kesilapan-kesilapan"
silam bekas Perdana Menteri itu.
Mohd Amar berkata, setiap orang ada sejarah
sendiri dan boleh diterima jika individu itu sudah berubah. Beliau berkata
demikian kepada media selepas program Munajat Rakyat dan Pakat Pertahan PAS
Kelantan di Kota Bharu pada 22 Julai 2023.
Dia berkata demikian ketika diminta
mengulas mengenai kemunculan kali pertama Mahathir - pemimpin yang ada
perseteruan lama dengan PAS sepanjang kerjaya politiknya - di pentas ceramah
PAS semalam.
Mahathir dalam ucapannya di depan ribuan
penyokong PN di Stadium Sultan Muhammad IV, menyeru pengundi agar memberi
kemenangan kepada PN dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos
nanti.
Sementara itu, Mohd Amar berkata semua
pihak perlu menerima kehadiran Mahathir yang dilihat sudah berubah.
Pemimpin PAS memang hebat dalam mencari
dalil dan penyokong akan menerima dan ikut dalil itu.
Apakata kaedah dalil itu digunakan pula
oleh UMNO berkaitan dengan kerjasama dengan DAP. Kalau Mahathir sudah bertukar “baik”,
begitu juga dengan DAP. Banyak dasar yang diperjuangkan selama ini oleh pemimpin
sudah nampak berkurangan. Tidak “keras” seperti sebelumnya. Lebih kepada
memahami apa yang dikehendaki oleh UMNO.
Justeru DAP sudah banyak berubah, rasanya
tidak salah jika UMNO melakukan kerjasama dengan DAP. UMNO sudah berjaya, apa
yang dapat dilihat sepanjang selepas penubuhan Kerajaan Perpaduan, DAP menjadi
"lebih baik" berbanding sebelumnya.
UMNO boleh guna dalil bagaimana PAS pernah berada
dalam gabungan parti bersama dengan DAP. Kalau PAS boleh mengapa UMNO tidak
boleh? PAS dahulu bersama DAP dalam gabungan
parti, sedangkan UMNO dengan DAP hanya melakukan kerjasama.
No comments:
Post a Comment